Petang tadi hubungi Pengurus Sekolah Kemahiran, Kolej Yayasan Melaka... tanya tentang borang tambahan peserta yg nak ikut serta kursus 11.03.2010 (khamis ni)... katanyanya belum hantar lagi ke CIDB sebab ada peserta borang belum lengkap utk dihantar..
Perkaranya Pengusaha dan Kontraktor yg nak ikut tu tak ambil serius sedangkan asalnya mereka yg merayu supaya progrem disegerakan.. ini akan melecehkan urusan.. mereka nak aktif dlm projek dah tau peraturan perlukan mereka ada KAD HIJAU tapi buat remeh ... nanti bila kena sergah dek penguatkuasa mulalah merayu minta maaf, simpati dan janji... Ginilah Malaysia negara yg penuh simpati ....
Harapan saya agar mereka mula sedar akan keperluan yg perlu lengkap... memang mudah tapi jika tak diambil serius MENYESAL NANTI....
Selasa, 9 Mac 2010
NATRAH
Petang tadi hadir majlis pelancaran buku NATRAH di dewan besar UTM oleh Timbalan Perdana Menteri.. mlm semalam (ahad mlm) temani isteri dan rakan sekerjanya menyusun atur hiasan bunga, susunan kerusi protokol hingga bentang karpet laluan vip di dewan itu... ambil peluang baca bahan pamer tentang NATRAH.. (yg ramai maklum ttg sejarahnya) remaja yg jadi rebutan antara keluarga angkat dan keluarga asal.. isu utama tentang pegangan ugama.. Islam atau kristian...
Namun rasa kagum dgn penulis buku itu yg punya semangat kental menyiapkan penulisan dari rujukan, bahan dan sumber yg dikumpul selama 2 dekad ( 20 tahun)...
Diakhir ucapannya dia menyatakan...
semua royalti buku itu yg terjual akan disalurkan kpd dana utk membantu mereka yg jadi mangsa, cedera atau dipenjara dari rusuhan yg berlaku dari tragedi NATRAH ini....
bererti mereka itu ada yg hidup derita selama ini dan betapa mulianya hati Datin Seri Fatini Yaacob..
Semoga sejahtera 1 MALAYSIA

Langgan:
Catatan (Atom)