Anak-anak yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang penting dalam hidup mereka pasti bersiap diri, emosi dan minda bagi menghadapi hari-hari dimana akan dicurahkan penulisan jawapan kepada soalan yang akan di terima nanti, tak kiralah apa dan berapa sabjeknya. Hari ini pak ude ngah hadiri taklimat pengenalan progrem Smart Study, penyampainya Cikgu Suria bernas, cerdas dan aktif penyampaiannya. Wah bertuah anak-anak yang ditemani ibu bapa yang punya misi nak pastikan kejayaan dalam bidang pelajaran demi kerjaya masa depan mereka.
Pak ude ngah yang juga masih belajar ni, menumpang semangat motivasi dan teknik belajar, seperti ada pendekatan yang pak ude ngah buat bagi hadapi pelajaran mungkin atas pengalaman dan kehidupan di usia emas ini memberi panduan ketika di tutorial, belajar sendiri, berbincang dengan rakan juga menghadapi peperiksaan.
Bagi kelompok pelajar yang sedia cerdas dan pintar rasanya mereka tahu menyediakan diri untuk bersedia hadapi peperiksaan. Tetapi kepada mereka yang sebaliknya pak ude ngah rasa terpanggil untuk sedia mendengar dan bertukar fikiran apakah langkah wajar perlu difikir demi membina masa depan walaupun akedamik tidak cemerlang
Mula dari artikel pertama ini pak ude ngah berhasrat untuk menjadi seorang yang akan menjadikan tajuk yang berasaskan pembinaan semula diri selepas SPM bagi memberi peluang sama-sama berusaha supaya negara kita Malaysia akan memiliki rakyat yang bersedia untuk membina semula diri selepas tak upaya untuk kuasai kecemerlangan akedamik....
Kepada pelajar di sekolah menengah, IPT dan ibubapa juga sesiapa sahaja perbincangan bersama dialukan....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan