Jumaat, 27 November 2009

Sempena Korban 2009

Semalam saya bersama isteri dan anak nak ke mesjid untuk solat sunat aidiladha tiba-tiba anak tunjuk motor dia yang tunduk dan kami terkejut tayar depan motor dia dah tak ada hilang dicuri... Terkejut, terpinga sejarah hilang motor berulang ...
Gitulah kehidupan ... bergegas mengejar solat mesjid setiawangsa penuh, terus ke mesjid UTM dah terlewat.. dan semalam berbagai perkara terkorban.. tayar motor hilang, tak solat sunat aidiladha, RM gantikan yang hilang... berbincang korban diterima atas perkara ketentuan ilahi, tak dapat nak terima secara mudah cari puncanya.. lalai, silap, ada yang tidak direstu... kerana kesannya adalah masalah yang akan jadi urusan yang berganda dari segi RM utama...
Tak mengapa kepada yang ambil ring dan tayar motor anak saya hanya terimbau apakah korban yang akan diperuntukan untuknya kerana saya yakin tuhan maha adil. Pastinya orang itu tidak akan rasa serik dan insaf,mungkin tertawakan kami yang kesempitan tapi lapangkah dia dengan kerjayanya ... TUHAN KU SERAH PADAMU AKAN KETENTUANNYA....

Tiada ulasan: