Selasa, 8 Disember 2009

LEPASAN SKM TAU KAH ARAH TUJU ?

Saya adalah pemegang sijil kemahiran versi awal LLPPKK sekarang berubah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM), selepas SPM 1972 ke IKM 1975, tempoh antaranya saya bekerja bersama keluarga dlm sektor pembinaan, banyaknya dari kerja perbaiki, ubahsuai, dan bina rumah, rumah individu juga meningkat kpd kerja seumpamanya di organisasi kerajaan dan swasta. Hayati dan faham liku-liku cabaran kerja pembinaan secara menyeluruh. Kebolehan melukis dgn terukur menjadikan saya mudah kuasai pemahaman tentang pelan dan melukis pelan binaan.

Belajar di IKM waktu itu perlu lalui proses temuduga bermakna tidak semua pemohon akan berjaya dpt tempat belajar. Bila ke IKM di minggu oriantasi yg getir terpahat kata-kata senior "Jika 7 hari oriantasi ini tidak dpt bertahan, jgn harap utk bawa bidang kemahiran anda sebagai kerjaya" Syukur saya dpt kuasai keseluruhan pembelajaran dgn fizikal dan minda yg telah pasti... Bererti saya alami latihan kemahiran selepas saya tahu keupayaan saya dan pasti dgn hala tuju kerjaya. Terima diri kerja dlm sektor binaan. Alhamdulillah kekal jadi profesion saya walau pun difungsi berbeza.

Sistem penilaian LLPPKK telah sahkan penguasaan saya dlm bidang kemahiran Binaan Bangunan walaupun tajuk sijil Penerap Bata dan Pekerja Batu. Buktinya saya dpt Sijil Peringkat Tertinggi. Disamping kuasai bidang Pelukis Pelan Senibina secara serentak dgn pembabitan saya dgn kerja sambilan dan Pengasas juga Pengajar bidang Pelukis Pelan Senibina di ILPKL diberi tanggungjawab atas dasar merit. Era pembelajaran dan kerjaya ketika itu tidak memiliki kecanggihan teknologi terkini, semua nya dibuat dgn keupayaan fizikal dan kesungguhan dari asah pensil, potong, bentuk bata, tanggam kayu, tetulang besi juga bancuh konkrit dan berbagai lagi.

Sekarang dgn bilangan pusat latihan bak cendawan tumbuh lepas hujan, agensi kerajaan atau swasta maka amat mudah utk lepasan SPM dpt tempat belajar...

Tetapi perkaranya Pusat Latihan

1. Apakah niat dan dasar asal keujudannya?
Hanya tambah bilangan tanpa diutama mutu produk pelatih/pelajar terbukti spr standard Sijil atau diploma

2. Benarkah seperti iklan?
Ilmu jika untuk diniaga untung takkan sampai maksud asalnya


Kepada Pelajar

1. Taukah mereka bidang yg dipilih, tujuan belajar?
Dtg hanya ikut arus saja

2. Fahamkah akan bidang kemahiran nak jadi apa?
Telah ditaklimat dan faham nak jadi apa? Bersedia akan alam pembelajaran siapkan diri utk kerja


Kepada Pengajar

1. Apakah pengajar sebenarnya cintakan mengajar?
Tidak hanya rasa puas kerana dpt jawatan bergaji tetap
Dulu jawatan saya PENGAJAR KETUKANGAN skrg PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL langsung hilang fungsi asal mengajar

2. Sebenarnya kuasaikah kemahiran?
Jgn hanya bukti kertas tidak berbukti nyata, tidak jadi pengamal kemahiran

Isu semasa kebanjiran dan kebergantungan kpd pekerja asing seharusnya di atasi dgn produk pusat latihan kemahiran. Apakah kerana pelajar tidak bersedia akan realiti hakiki kerjaya dan ditambah pula dgn sikap majikan yg tidak peka akan produk sumber manusia negara.?

Skrg bidang binaan tergolong sebagai bidang paling tidak popular dan amat dijauhi oleh bakal pelatih kenapa..? Sedangkan rumah adalah keperluan hidup.. ilmu membinanya telah tidak dipeduli dan kuasai lagi,

3 ulasan:

azieazah berkata...

Blog yang menarik dan penuh dengan perkongsian ilmu. Izinkan saya copy beberapa article untuk dikongsikan di web Yayasan saya.. Terimakasih

morase berkata...

silakan azieazah, ilmu yang baik untuk dikongsi bersama.

Unknown berkata...

mohon share utk dikongsikan bersama anak2 yg msih belajar & yg msih mncari arah tuju selepas tamat dlm bidang SKM @ TEKNIK.